Thursday, February 23, 2012

Hidup ku Kosong

Kau Melihat Diriku
Seperti sesuatu
Yang Mencabar Dirimu
Akal dan Mindamu

Kau Mendustaiku
Kau Bilang Mereka Tak Tahu
Siapa Diriku
Sedangkan Kau Juga Begitu

Segala Kata Cacian
Yang Telah Engkau Berikan
Membuat ku Rasa Kosong.. Kosong

Setiap Detik Di Perhatikan
Kau Cari Cara Putar Belitkan
Kau Jadikan Diriku Kosong.. Kosong

Kini Aku Bangkit
Membuktikan Yang Ku Tak Sakit
Dengan Segala Perit Yang Kau Berikan

Kini Aku Pantas Berjalan
Bergerak Ke Hadapan
Dan Akan Ku Buktikan
Siapa Diriku Yang Sebenar


Friday, October 21, 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS



Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

DyaZara : ermmm....sob sob sob :(

Wednesday, October 19, 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis


satukan kedua tangan anda ...dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

DyaZara : menunggu menanti cincin apakah yg bakal tersarung di jari... hueeee....~
*berangan*

Monday, October 17, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikh...lasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Dya Zara : to my man :-
tq for being such a wonderful man for me.. <3

Some Beautiful And Meaningful Lines



























Wednesday, October 5, 2011

kerana AKU WANITA



Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
... Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Thursday, August 4, 2011

Termenung Dalam Dalam

Assalamualaikum.... Hye Hye...reader(s).. !!

Ehem.. Bebaru ni dya mengalami kebohsanan tahap.... dah tahap tah pape dah.. ~
tersangatlah borinknya..  tetibe cam terlintas tuk mencari kerja..hikhik
sesambil tu dok melayari blog-blog orang lain
mensibukkan diri dan mencuci mata menjenguk macam-macam website... huhu (^_^) *tetibe rajin kan..~

hah!! tetibe macam ade yang berkenan di hati nak mencuba apply kan diwi.. ahaks~
erm.. xkan nak anta resume je kot?? cam salah je...
mesti kene wat surat kan..?? cover letter... ermm.. ok ok..

part ni yang lemah ni.. malas benar nak mengarang sesurat ni...
kalo kata suh hapdate fesbuk xper la jugak kan??
idea tu cam mariiii jer... ni da berkarat dah otak nak mengarang surat plak... ahaks~
but.. me try lah... tuink tuink~!!

nak taw hasilnya?? haaa... camni lah...~

****************************************************

Kak Long Sengal
7, Jalan 3/3, Taman Bukit Bunga,
68000 Kajang, Selangor.
(tak tau alamat siapa)

Tuan Pengurus,
********* Holdings
(sila letak tarikh)

Tuan,

Memohon Pekerjaan di ******** Holdings.

Sehubungan dengan perkara di atas, saya Kak Long Sengal no k/p 040404-11-2020 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan di bahagian pentadbiran. Ini kerana saya sangat berminat dan bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengenangkan pekerjaan dalam bahagian yang saya amat meminati ini. Walaupun begitu saya mengaku sebab saya mintak keje kat sini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenelah mengambil saya bekerja di syarikat tuan.

1. Pihak tuan juga perlu tahu bahawasanya bapa saya iaitu Abang Besar Kawasan adalah seorang kakitangan di KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya untuk membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tanak susah maka baiklah ambil saya bekerja di sini. Itu saja keotaian saya.

2. Beserta ini saya lampirkan kelayakan akademik dan juga pengalaman keje saya sebelum ini untuk rujukan pihak tuan.

3. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan. Dan saya akan berasa gembira juga seronok yang tidak terhingga & akan belanja satu syarikat makan sekiranya saya diterima bekerja di syarikat tuan & saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh di samping bangun awal & datang keje awal. Saya tak tipu ni!! Sebagai bukti memang saya dari kecik lagi belom pernah ponteng sekolah. Datang lambat tu adalah, tapi tak lah selalu..

Saya juga tidak pernah terlibat dengan masalah sosial zaman sekarang ni. Namun, sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 jugak kesalahan pihak tuan boleh mengambil tindakan yang tegas dengan hanya menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan, saya sangat kurus & sangat menyedihkan. Jikalau saya dirotan sekali pastinya tulang2 saya akan bersepah dan tuan akan mendapat susah yang maha dasyat.

Saya juga berjanji tidak akan mencuri pen, kertas A4, notepad atau apa2 sahaja. Jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masukkan dalam hand bag saya yang besar ni dan itu tidak di kira mencuri. Saya pon da penat jari asyik menaip je dari tadi. Moga segalanya bermula & beakhir dengan baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan Yassin dan kunjungan orang ramai.

Kesian, terima kasih.

Yang benar,

(Kak Long Sengal)


7, Jalan 3/3, Taman Bukit Bunga,
68000 Kajang, Selangor.

***********************************************

Arghhh!!! Boleh ke mcm tuh?? prrffftttt...~

okeh reader(s)! t kita jupe ag ek.... cayunk uolss~ muacccchhhxx~!!

till then,
take care..! ^_^

DyaZara : bila dah weng.. mmg akan camni...~

Tuesday, July 26, 2011

Birthday Gurlz... :)

Assalamualaikum.... Gud Mowning n hye reader(s).. !! (^_^)

Arghh! tak tertunai jugak hajat nak update selalu blog me ni.. maaf ye!
hope yalls tak bosan lak nanti.. sob sob sob.. sowii... :(

11 Julai - Isnin

ngee.. tau tak?? tu lah tarikh lahir me.. dats mean befday me da lepas..
so, secara rasminya umo me da 26 tahun..*tua sudahhh* ok ok!! pas ni tammo ade sesapa lg
yang tanya me umo berapa yerk!!
ha.. ni dah btau da pom kan kan... ~

tapi dalam bnyk2 befday me d spanjang angka tu kan...
tahon ni la befday yg paling beshhhhhhh sgt...!!!
dapat bnyk wish fwends from fesbuk,penuh kat wall... almost 90%..
dlm inbox, mesej, emel, bbm.. wahhhh...
walopon tanpa befday party.. tetap meriah lak rasa... huhuhu
tenkiu yalls.. yg mendoakan kebaikan utk me... amin... ~

Dan yang paling best bila bagaikan impian jadi kenyataan...
huhuhu... apadia?? ish.. secretme.com.. hahahha
*sila jgn cari link tu..coz mmg xde kene mngene ok!*
nanti me akan share ngn reader(s) ok... huhuhu..~
so kene la follow blog me ni..
 barulah dpt new update.. wahhh giteewww!!!

Ha!! kalo reader(s) nak tau... me berkongsi bulan befday ngn family me jugak!
mmm, befday abah, kakak ipar me,n 2 org anak buah me..
sorang da 5 tahon n sorang ag baru lahir minggu lepas... wahhh!!
pas ni leh la wat kenduri terus ek bila bulan julai... hik hik hik..~
*hope*

apa pun, me panjatkan syukur kerana telahpun dikurniakan peluang dan kesempatan merasai nikmat kehidupan sepanjang usia ini... moga segala mimpi menjadi kenyataan dan segala kebaikan mendapat ganjaran di sana nanti... aminn... ~

hope 1 day me dpt cup cake camni.. ouch!! suwiiitttnyeeerrr... ~  =))


me jugak doakan reader(s) baik2 aje yer...~ muaachhh!!!

till then, take care!
(^_*)



DyaZara : maceh maceh maceh maceh maceh maceh... utk kamooooo!!


Sunday, June 19, 2011

HOW TO BE A GOOD MODEL - part 2



MODEL FOTO MUDAH DAPAT JOB

Kuala Lumpur bukan ibu kota fesyen, kerana itu model-model catwalk susah cari makan dan mereka beralih ke model foto. Model foto mendapat permintaan tinggi baik daripada fotografer tempatan mahupun luar negara. Jadi, kalo anda benar-benar mahukan pendapatan lumayan, jadilah model foto. Perlu diingatkan, model foto haruslah 'berani', sporting dan berfikiran terbuka sahaja.

Tanpa ke'berani'an sukar juga bagi seorang model foto itu mahu cari makan kerana kebanyakkan fotografer yang menyewa anda tidak berminat dengan konsep fesyen biasa - buang masa.!! Sebaiknya anda berbincang dulu tentang konsep, dah setuju baru set harga dan tarikhnya... :)

Harga biasanya antara rm150 - rm350 per hari (lebih kurang 3-4 jam), ada juga rm100 - rm300 kira per jam (bergantung pada tahap keberanian). Rate ikut jam tidak berapa disukai fotografer tempatan kecuali job itu untuk pihak-pihak tertentu.

till then, 
take care ^^

HOW TO BE A GOOD MODEL - part 1

assalamualaikum.... hye reader(s) !!

mowning..!! wahh... arini pepagi lagi me update blog... hik3
ramai yang tanya kat dya tips-tips utk join modelling...
pssttt, me pon xlah pandai sgt dlm modelling ni.. baru je berjinak-jinak.. ;p

tp untuk tidak menghampakan dya share skit info2 tentang dunia modelling...
sharing is caring rite?? lol

hopefully, dapat memberi kebaikan pd kita sume... :)
oll da best!! enjoy it... ~

Model Foto atau Catwalk?


Dalam dunia modeling hanya ada dua jenis sahaja, yakni model foto dan model catwalk. Model komersial tidak terlibat dlm dunia modeling. Kedua jenis model ini mempunyai kriteria yg berbeza.


 Seorang model foto tidak bertubuh tinggi asalkan wajahnya fotogenik, berkulit bersih (warna kulit tidak penting), dan bergigi sihat cantik (penting utk foto-foto yg memerlukan dia senyum atau ketawa). 


Biasanya model2 foto mempunyai struktur tulang pipi tinggi dan tulang rahang tidak terlalu lebar. Model2 seperti ini digemari juru2foto yg faham tentang dunia modeling kerana wajah sedemikian senang untuk mendapatkan shot2 menarik.


Seorg model catwalk tidak semestinya cantik, tapi mesti bertubuh tinggi (paling kurang 170cm), badan langsing (agar fit pd kebanyakan jenis baju yg direka.) 


Mana pun pilihan anda, baik model foto atau catwalk, anda mesti serius dlm bidang ini di samping disiplin dan komitmen yg tinggi. Model yg tak serius, atau hangat2 tahi ayam, mudah putus asa, selalu minta dimanja dan malas belajar, lebih baik duduk diam2 di rumah. Usah fikir atau berangan menjadi model. Pada prinsipnya, apapun pilihan anda, asal dilakukan dari hati, hasilnya akan menyenangkan.


Thursday, June 16, 2011

thank u to my followers.. luv yalls!! (^_^)!

assalamualaikum.... hye reader(s)...!! :))

wahhhh.... me sudah lama x menziarahi blog sendiwi..
nampak mcm da kurang seri je.. an an an...
sumpah! rindu je kat blog ni.. cume agak bizi ngan kehidupan huru hara neyh~
uhuk!! cam sedey je kan?? *memang pom.... (T_T)

i try my hardest just to forget everything.... hopefully it works..damn~!! 
owh...plz plz plz.. dunt cry!! coz when u cry u look so.... eeuuwww!! hahahahhaha~ 

guess what?? since da lama x jeling blog sendiwi.. me tgk da ade penambahan followers!! 
wauuu!! tenkiu so muchi muchi.... dats y i luv uolls... serius!! muaxx muaxx!! ;p

so, untuk tidak menghampakan.. mebi i shuld update entry slalu kot.. ermm.. wat do u think??
ok ok... me cuba da best ek.. for u..!! yerp.. for u lah.. ish.. jgn pandang blakang lah... hik3

ermm... t jupe ag ek kat entry lain plak...

till then,
take care! ^_^


DyaZara : If it makes me happy, it will only make me thankful. If it's killing me, it will only make me stronger than before.



Monday, May 16, 2011

stop being others. start being urself...!!

assalamualaikum.. hye reader(s).. !! :))

so how's yr day today? mine.. alhamdulillah.
but i'm losing my weight. currently i'm only 47kg.

normally it's around 48-50kg...

should do sumthing... 
*nak naik berat badan pon susah... haish~ (-_-)!

hmm, hari ni nak story pasal orang yg tiada muka..
scary, isn't it?? ;p
bukan...bukan..!! its about people who don't use their 
own picha on their account for social networking.


i bet most of us dah pernah tengok / terkena sendiri.

these people are taking advantages by putting other people pictures
n they can do whatever they want.
coz it don't effect them.
it effects to the owner of the picture.


saya sendiri da penah tekena.
upss!! bukan dewang guna picha saya.
tapi dewang guna picha artis / pelakon untuk mengganggu orang lain.
keji kan..?? huh!!
blom cukup keji.. ade lagi..
mereka ini hantar mesej dlm inbox tegur kita.
say 'hiii' or 'hello'..
dewang budget dgn picha profile 'artis' tu sume org akn reply??
mm.. not me!! 
bila da tanak reply lain pulak jadiknyer.
dia send pulak mesej berbaur 18sx lengkap dengan picha2  tak senonoh skali..
eeuuwww!!! geram giler!!!
terus delete dia dr fwendlist.. 
senang!! puas hati!! hahahahah... ;p





jgn curi gmbar org plak ea?? babab kang..~!!

till then,
take care! ^_^


Saturday, May 7, 2011

Lengkapnya Wanita Itu Bila Dia Bergelar IBU...~

 Assalamualaikum n Hye reader(s)..~

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Ibu... err, maksud disini IBU yang melahirkan, yang membesarkan, menyusukan dan segalanya tentang ibu... bukan lah IBU PEJABAT, IBU SAWAT, IBU NEGERI.. dan swaktu denganya... huhuhuh~

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bukanlah mudah. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan jiwa dan rohani sesuai dengan segala cabaran yang akan dilalui. Biarpun wanita itu sangat sinonim dengan airmata, tapi dikurniakan Allah kekuatan yang tiada pada kaum Adam. Tiada siapa yang mampu menjangka disebalik ketenangan dan gelak tawa ibu itu, tersimpan rahsia keperitan terdalam yang dia pikul. Mampukah kita merasainya??

Biar sesusah mana pun seorang ibu, dia sanggup terima segala-galanya demi melihat anak nya membesar dan berjaya. Tak pernah sekalipun ibu itu meminta di balas apa-apa, kerana tau segala yang di curahkan tidak mampu di balasi. Cukup lah sekadar menumpang kasih anak selagi anak tidak melupakan ibu. *haishhh... ternanges la plak time ni... sob sob (T__T)

Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Untuk mak, Puan Latipah binti Abd Rashid.. Selamat Hari Ibu adik ucapkan istimewa untuk mak...~ setiap hari pun adalah hari ibu. Adik sayang mak biar apa keadaan sekalipun adik tetap berterima kasih... kini adik mengerti bukan mudah bergelar ibu, tapi lebih perit bergelar ibu yang tiada tempat bergantung... ~


DyaZara : terlahirnya Firza Ezryna adalah penawar segala duka lara di sepanjang perjalanan kehidupan ini... 

Thursday, April 28, 2011

Menahan Airmata Itu Laju-Laju

Hye reader(s)...!!

Dya tengah sedih masa update blog ni.. sebab tu lah tajuk pun mcm sedih je kan bunyiknyer.. mmm..~ Da beberapa lama dya cube menahan rasa sedih+marah+kecewa dalam diri ni.. cube jugak tuk senyum dan wat macam tak de pape pun yang jadi... tapi sekuat mana je sekeping hati yang rapuh ni an an an...~ bak kata omputih ~ A Smiling Face Doesn't Always Mean A Smiling Heart ~ mmmm.... 

Memang terasa sangat sedih bila kesedihan yang ade tak dapat di rasai oleh orang lain, airmata yang menitis tidak dapat dilihat oleh orang lain, kecewa yang dirasai tidak dipedulikan oleh orang lain dan marah yang merah juga tidak dihiraukan oleh orang lain.. bagaikan berada dalam dunia sendiri tanpa ada sesapa pun kan...~ 

Tak tippu.. memang ramai yang tunjukkan seolah sangat mengambil berat.. tapi siapa yang benar-benar kisahkan kita?? tak de sebenarnyer pon... waktu gembira memang ramai la yang ade.. tapi waktu sedih, marah n kecewa kita cume nak cerita pada yang rapat dan sangat kita harapkan... ye tak?? tapi itu pun xde... so camner?? simpan dalam sampai bernanah la jawab nyer.. sonang.. huhuhuh~

Saat yang sadis bila orang tau kita memang sedih, marah dan kecewa... tapi wat dek je.. tu da 1 hal.. xperlah kan.. sapa lah kita orang nak amik kesah ye tak?? xoxo~ tapi... bleh plak orang gelak-gelakkan kita dan bergurau senda wat macam kita ni patung jer... sumpah!! langsung tidak menghormati orang lain... Orang-orang camni nak je di bakor.. hishh~ geram!! bila kita hepi.. dia menempel la kat kita.. datang tanya kabar.. bila kita susah.. dia blah jauh-jauh dan wat tak tau je ngan kita.. jangankan tanya.. tengok pun tak nak!! 

So, tolonglah jangan persoalkan nanti bila tiba masa kenapa dya pulak yang menjauhi.. kerana kau tidak memahami..~!!



~ Tatkala CANDA tawa bergema, tiada yang mendengar TANGIS hati merintih, yang terlihat hanya KETAWA ceria terpamer, mengharap DUKA beralih pergi, tanpa terpalit LUKA di sudut hati ~

DyaZara : tadah airmata bnyk2 leh wat siram pokok bunga.. agak2 mati x pokok tu?? or leh hidup seribu tahun lagi..?? hehehehe~

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Dongeng

Hye.. hye reader(s)..!! Mula-mula skali nak say tengs to all yang still sudi baca blog dya yang da lama x berupate ni. Bukan sengaja tak mo update, tapi kadang2 tu kesibukan dan u olls taw la kan..kalo nak update blog haruslah bukan dengan beremosi.. tul tak?? Banyak mende harus di jaga dan ditapis sebelum nak post kan..?? aihh,tapi kadang2 tu dya dalam emosi baru datang mood update.. ahh,camne plak tuh?? hahahahha... abaikan~

Apa yang dya nak share dengan reader(s) kat sini adalah sedikit pengalaman dya. Yer, yang mana mengenali dya da lama mungkin tau segala sejarah dan kisah perjalanan hidup dya, kawan2 yang setia dari dulu sehingga hari ini dan selamanya, yang x pernah putus bagi support dan semangat kat dya setiap kali dya jatuh.. Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka.  Kepada kawan2 yang baru, terima kasih jugak kerana sudi menerima dya sebagai kawan... =)

Alhamdulillah, suku tahun 2011 telah pun berlalu, dan telah mencipta banyak kenangan manis dalam hidup dya, jika di bandingkan tahun2 sebelumnya. Benarlah janji Allah... yakinlah, setiap derita itu pasti ada kebahagiaan. Dan jika ingin melihat pelangi haruslah menempuhi hujan. Maka, bertabahlah yer~!! =)

Senang cakap tiada apa pun yang percuma kan?? Jika inginkan kebahagiaan pun haruslah di bayar.. an an an?? yer, kesusahan, kepayahan, derita, itu sume adalah tinggi nilai harganya... caya tak?? Bukan semua orang akan laluinyer. Maka, bersyukurlah bila di uji. Yang penting hati mesti maw kuat dan cekal.. jangan mudah berputus asa dan amik jalan ringkas.. kurang bijak namanyer.. ~

Apapun, kisah hidup kita masing-masing bukanlah kisah dongeng kan?? Ia realiti dan yang perlu kita hadapi. Kepada reader(s) yang mengikuti perkembangan dya dari awal wujudnyer blog dya ni, terima kasih sekali lagi. Kepada kawan2, teman2 yang sentiasa di sisi.. dya x penah lupekan, maaf mungkin terkadang kesibukan membataskan dya utk menghubungi semua.. tapi dya x pernah lupe.. dan kepada yang baru mengenali dya, harap jangan lah judge dya terlalu awal yer..dya pun hanyalah insan yang tak sempurna, terlalu banyak kekurangan dya yang terlihat, jadi maafkanlah yer..  =)

* reader(s), jangan berhenti baca blog dya yer, & layan la lagu ni tuk uolls... dari hati dya.. muaaahh~!!



DyaZara : mencintai aku dengan seadanya, mencintai aku bukan kerna rupa, sanggup menerima insan x sempurna dalam waktu sedu, dalam waktu hiba.. ku harapkan dia rela... ~ =)