Friday, March 26, 2010

Hidup Ini Memang Susah


Syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang susah untuk diharungi.

Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dalam kehidupan kita ini.

Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. Ada yang sedar tetapi ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Motivasi-motivasi pula menanamkan pemikiran bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak daripada masalah yang datang. Tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa hidup ini susah.

Aku tidak pasti samada korang setuju atau tidak. Tetapi hakikat kehidupan kita ini memang susah di mana memerlukan pelbagai hal untuk dilakukan dan dilaksanakan. Pemikiran mengatakan hidup ini senang boleh menjadikan kita lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan. Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di dunia ini.

-dyaZara-

No comments: