Adamku, kau sebenarnya imam dan aku makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nasfsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa. Sering tergelincir di tolak nafsu dan konco-konconya.
Adamku, aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu. Agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adamku, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata dikaca lembah. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju Al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah. Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah. Sezuhud dan sepatuh Rabia’tul Adawiyah. Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah. Seikhlas dan semurni hati Halimas Sa’adiah, dan segagah dan seteguh Nailah Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku……

No comments:
Post a Comment