Tuesday, December 21, 2010

Jatuh Dalam Harapan


Satu per satu aku hadapi dengan perlahan dan tenang.. Sambil merenung melalui bayu angin yang menyapa pipiku perlahan..

Entah mengapa hatiku terusik lagi,dan kali ini ia smakin pedih hari demi hari..bagaikan bermain dengan api,walopun tidak terbakar namun bahangnyer mampu mencairkan warna di helaian carta hidup ini.

Tercalar jiwa pedih tak siapa peduli kerana sukar dibahasai dengan kata-kata. Cukuplah sekadar menjadi rahsia disebalik sinaran mata. Keterlukaan ini aku tabah tempuhi dengan senyuman kelat. Episod demi episod semakin terungkai dalam mencari makna setiap perjalanan turun naik nafasku. Masih mungkinkah aku bertahan lagi...???

Dengan langkah perlahan aku harunginya kembali sambil memandang ke dada langit moga masih wujud cahaya dibalik awan yang masih sudi menemani siang dan malamku tanpa diriku kesepian. Salahkah aku yang cuba menumpang kasihnya sinar cahaya itu....???


Menyintai Bukanlah Untuk Disakiti....

2 comments: