Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Event Makan2 + Minum2

xcukup neyhh~!! next time kena ramai lagii..baru meriahhh~!! huhuh
Bebaru ni telah pun diadakan Gathering (yeke??) or..senang cakap Lepaking Makan2 bersama bekas-bekas pelajar S.K.K. 1992-1997. Kenapa xleh nak kata Gath?? sebab kehadiran x ramai pon.. huhuhu

Eh..walopun x ramai,tapi cite yang kuar..perghh! x kering gusi woo...~!! ade jek menda nak di flashback kan n nak di bahan kan.. hahahhaha.. sangatlah seronok dapat jumpe balik kawan-kawan lama..mmmm masing2 pun da besar panjang kan...~!! huhuhu..cukup makan.. ahaks~!

Tak kurang juga yang masa kecik dulu memang kecik dan masa skang memang besaarrrr~!! Dan ade juga yang mengembang dan berkembang..,masih ade jugak yang menten jer..~!! fuhh.. macam-macam lah yang dibualkan sampai tak taw yang mana satu nak dengar.. sebab semua pun macam nak bercakap jer.. hahahahah...

Habis satu persatu nama disebut..ade yang masik kekal ingat dan tak kurang juga yang telah lama dilupakan @ terlupa.. (biasanya budak2 yang baek2 je memang slalu x hengat pon...kui3!!) So, adalah lebih baek jadi budak nakal masa kecik supaya anda diingati sehingga tua.. gagagaga~!!

Nyway, thanks tuk korang yang sudi menghadirkan diri pada malam tu..x kire lah secara rela ataw paksa... yang penting korang memang best!!!

Nak sebut nama satu persatu ker yg datang malam tu???
eh.. boleh jer... huhuhuh

Ex-Student S.K.K 1992-1997 yg hadir pd 29hb January,2011 adalahhhh!!! jeng jeng jeng.....

1)Ali Fitry Kahar (AFK)
2)Mursalin Mohd Razak
3)Azrul Manan
4)Muhammad Arsyad
5)Azha Haniff
6)Akidah Aziah Ramly
7)Faridah
8)Nor Fauziana
9)Nurul Hazwanie
10)Shila Rampai
11)Nik Hanis
12) Mahirah Yusof
13)dan aku sendiri... huhuhu

*ade nama yg x disebut disini maaf yeee.. aku igt2 lupe la nama korang.. huhuhu.`~~!! owh..sgt kejam kah aku..??? sila update me okehhh... huhuhuhu
wah...suke r picha kandid...berbagai rupe bleh dilihat... ahaks~!!

yee...!! ini lah rupe mereka slps dewasa...da makcik2 da pon memasing.. kui3
wajah budak2 nakal selepas jd bapak2.... !! 

Shila dan Hazwani yang membesar dgn sihat....huhuhu!
eh..tgk lengan beliyaw, sekali hayun je trus pengsan woo...~
yg kecik kat sblh tu adalah generasi seterusnyer... okeh~! comel je ngn satay dia.. ehek!!



DyaZara : mekasih jugak kepada yang organize.. sonok dapat jupe balik kwn2 lama camni... huhuhu n x sabar nak tunggu next gath on July nnti... sure lebih gempak kan?? ....~

Friday, December 3, 2010

Sisipan Langkah Penghujung Tahun

Salam Mesra bertemu lagi di blog kusam ni... huhuhu

Perjalan hari-hari dlm kehidupan aku semakin mencabar...tapi syukur aku masih mampu bertahan dengan berbekalkan suntikan semangat dari kluarga,sahabat2 dan teman2... Bermula pembukaan tahun 2010 dengan kejadian xcident di bulan January...n selepas itu ujian demi ujian yang sangat mencabar jiwa wanita ni datang menerjah bertimpa-timpa bagaikan tiada kesian.. Tapi Tuhan itu Maha Adil,kerana disetiap langkah kaki ini Dia masih menyelitkan keindahan dan ketawa agar mewarnai kisah hidup aku seorang wanita yang terlalu lemah...

Akhir2 ni aku terasa sgt2 penat...kalau ada perkataan lain selain itu nak...je aku guna kat sini. Kejadian yang hampir2 meragut nyawa aku,officemate n boss aku minggu lepas memang takkan aku lupekan. Syukur kami semua terselamat dari nahas xcident yg merupakan kali ke 3 untuk tahun ni bagi aku... Masih terselit trauma dlm diri ni tapi aku cube atasinya perlahan...

Tak cukup dengan itu,aku diuji lagi dengan penghinaan paling hebat dlm usia 25tahun ni pada 1hb Dec,2010.. Kejadian yang berpunca dari salah faham yang diwujudkan oleh org yg telah aku terima sebagai keluarga sndiri akhirnya telah menikam aku dari belakang dek kerana sifat dengki dan iri hati..dan menjadikan kawan sekolah aku sendiri sebagai orang tengah tuk menjatuhkan maruah aku secara terangan di laman Facebook.

Ini merupakan kejadian kedua yang hampir sama dalam tahun ni...dan kali ini lebih hebat. Untuk itu aku dah tak mampu mendiamkan diri maka terpaksa ketengahkan dengan wat laporan polis demi keselamatan aku. Dan sangat2 bersyukur kerana terselit hikmah dalam kejadian ini..bilamana hubungan aku dan kawan sekolah yg telah terputus telah berakhir dgn kemaafan. Dan telah berjaya menyedarkan kluarga aku tentang parasit yg wujud dlm diam.

Dah beberapa malam aku tak tido ngn lena,hari ni terasa sangat letih dan penatnyer nak menghabis beberapa hari lagi tuk 2010...

KHAS BUAT YANG TERLIBAT :

A.A.R :- Babe,! Setiap org ade wat salah, samada dalam sedar atau tidak... Kejadian ini amat2 meninggalkan kesan dlm hidup aku krn melibatkan maruah..tapi,tidak sekali aku berdendam dgn kau dan aku memaafkan segalanya dan berharap kita sama2 menjalani hidup dengan baik dan berkawan seperti dulu.. Aku tabik keberanian kau yang telah membetulkan keadaan dan membersihkan nama aku semula... tengs babe..!

R.H :- Aku sangat2 nak taw apa salah aku pada kau sehingga ko sanggup wat aku mcm ni.. Insaflah dan bersyukurlah kerana kami masih menerima kau sebagai keluarga. Jangan kerana lidah dan kata-kata, kau akan membinasakan diri kau sendiri. Jadilah yang terbaek tuk abang aku dan anak2 buah aku... Pilihan di tangan kau samada nak jadi terbaik atau sebaliknya.....

TEMAN & SAHABAT :- terima kasih kerana tak putus2 memberikan aku kekuatan utk menghadapi hari2 pedih ini, dan terima kasih kerana membantu aku dalam kejadian cyber ini, dan menjadi nadi aku tuk bertahan biarpun ditiup kencang....

Ya Allah, teguhkan kesabaran dalam diriku...~
*Sangat tenang ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar. Syukur Alhamdulillah, sgl kejadian telah membuktika siapa lawan diantara kawan. Mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak tersungkur ditempat yang serupa..

Friday, September 3, 2010

Berbuka Puasa

Berbuka puasa baru ni dengan teman2 sekerja memang happening... huhuhuh... sambil2 tu merapatkan lagi ukhuwah antara kami dan juga boss... huhu~
muke hepi je da kenyang.. (tp ada yg dok mkn lagi tuh..!!)
me & k.Zita yang best...!!!

wajah2 ceria selepas kekenyangan.... huhuhu~
perghhh... ni makan yg ke berapa tah....huhuhu~
adoii... da besar2 pun nak rebut makanan lagi... ahaks!!
seyes je muka En.Firdaus... apalah yg di bincangkan tuhh... huhu~
Apapun... korang memang best.. n sentiasa best...... Salam Ramadhan....