Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis


satukan kedua tangan anda ...dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

DyaZara : menunggu menanti cincin apakah yg bakal tersarung di jari... hueeee....~
*berangan*

Monday, October 17, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikh...lasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Dya Zara : to my man :-
tq for being such a wonderful man for me.. <3

Saturday, May 7, 2011

Lengkapnya Wanita Itu Bila Dia Bergelar IBU...~

 Assalamualaikum n Hye reader(s)..~

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Ibu... err, maksud disini IBU yang melahirkan, yang membesarkan, menyusukan dan segalanya tentang ibu... bukan lah IBU PEJABAT, IBU SAWAT, IBU NEGERI.. dan swaktu denganya... huhuhuh~

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bukanlah mudah. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan jiwa dan rohani sesuai dengan segala cabaran yang akan dilalui. Biarpun wanita itu sangat sinonim dengan airmata, tapi dikurniakan Allah kekuatan yang tiada pada kaum Adam. Tiada siapa yang mampu menjangka disebalik ketenangan dan gelak tawa ibu itu, tersimpan rahsia keperitan terdalam yang dia pikul. Mampukah kita merasainya??

Biar sesusah mana pun seorang ibu, dia sanggup terima segala-galanya demi melihat anak nya membesar dan berjaya. Tak pernah sekalipun ibu itu meminta di balas apa-apa, kerana tau segala yang di curahkan tidak mampu di balasi. Cukup lah sekadar menumpang kasih anak selagi anak tidak melupakan ibu. *haishhh... ternanges la plak time ni... sob sob (T__T)

Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Untuk mak, Puan Latipah binti Abd Rashid.. Selamat Hari Ibu adik ucapkan istimewa untuk mak...~ setiap hari pun adalah hari ibu. Adik sayang mak biar apa keadaan sekalipun adik tetap berterima kasih... kini adik mengerti bukan mudah bergelar ibu, tapi lebih perit bergelar ibu yang tiada tempat bergantung... ~


DyaZara : terlahirnya Firza Ezryna adalah penawar segala duka lara di sepanjang perjalanan kehidupan ini... 

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Dongeng

Hye.. hye reader(s)..!! Mula-mula skali nak say tengs to all yang still sudi baca blog dya yang da lama x berupate ni. Bukan sengaja tak mo update, tapi kadang2 tu kesibukan dan u olls taw la kan..kalo nak update blog haruslah bukan dengan beremosi.. tul tak?? Banyak mende harus di jaga dan ditapis sebelum nak post kan..?? aihh,tapi kadang2 tu dya dalam emosi baru datang mood update.. ahh,camne plak tuh?? hahahahha... abaikan~

Apa yang dya nak share dengan reader(s) kat sini adalah sedikit pengalaman dya. Yer, yang mana mengenali dya da lama mungkin tau segala sejarah dan kisah perjalanan hidup dya, kawan2 yang setia dari dulu sehingga hari ini dan selamanya, yang x pernah putus bagi support dan semangat kat dya setiap kali dya jatuh.. Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka.  Kepada kawan2 yang baru, terima kasih jugak kerana sudi menerima dya sebagai kawan... =)

Alhamdulillah, suku tahun 2011 telah pun berlalu, dan telah mencipta banyak kenangan manis dalam hidup dya, jika di bandingkan tahun2 sebelumnya. Benarlah janji Allah... yakinlah, setiap derita itu pasti ada kebahagiaan. Dan jika ingin melihat pelangi haruslah menempuhi hujan. Maka, bertabahlah yer~!! =)

Senang cakap tiada apa pun yang percuma kan?? Jika inginkan kebahagiaan pun haruslah di bayar.. an an an?? yer, kesusahan, kepayahan, derita, itu sume adalah tinggi nilai harganya... caya tak?? Bukan semua orang akan laluinyer. Maka, bersyukurlah bila di uji. Yang penting hati mesti maw kuat dan cekal.. jangan mudah berputus asa dan amik jalan ringkas.. kurang bijak namanyer.. ~

Apapun, kisah hidup kita masing-masing bukanlah kisah dongeng kan?? Ia realiti dan yang perlu kita hadapi. Kepada reader(s) yang mengikuti perkembangan dya dari awal wujudnyer blog dya ni, terima kasih sekali lagi. Kepada kawan2, teman2 yang sentiasa di sisi.. dya x penah lupekan, maaf mungkin terkadang kesibukan membataskan dya utk menghubungi semua.. tapi dya x pernah lupe.. dan kepada yang baru mengenali dya, harap jangan lah judge dya terlalu awal yer..dya pun hanyalah insan yang tak sempurna, terlalu banyak kekurangan dya yang terlihat, jadi maafkanlah yer..  =)

* reader(s), jangan berhenti baca blog dya yer, & layan la lagu ni tuk uolls... dari hati dya.. muaaahh~!!



DyaZara : mencintai aku dengan seadanya, mencintai aku bukan kerna rupa, sanggup menerima insan x sempurna dalam waktu sedu, dalam waktu hiba.. ku harapkan dia rela... ~ =)

Sunday, March 27, 2011

Bila Hidup Sebagai Manusia Bersyarat


Benarkah?? Perlukah?? Tapi.. mengapakah..??

Yer,mampukah kita hidup dengan bersyarat?? Selayaknyer manusia bertahankah kita untuk terus dengan syarat?? Apakah dan dimanakah nilai murni sebagai manusia??

Bila berada dalam sesebuah institusi yang sudah tiada kebahagiaan, hilang rasa hormat, tanpa rasa selamat, pula di wujudkan syarat... apakah??? oh dunia makin kiamat...~

Mengapa hanya pandai menunding jari tanpa melihat kepada diri sendiri?? Mengapa mengharapkan orang lain yang mengubah untuk capai kebahagiaan?? Mengapa tidak diri sendiri?? Apakah kebahagiaan itu datangnyer dari orang lain?? Dan mengapakah bila tidak merasa bahagia..anak yang menjadi mangsa kesalahan?? Tiada salah menjadi ibu bapa.. yang salah apabila menjadi ibu bapa yang salah...

Bila ibu bapa bertengkar.. anak menjadi mangsa
Bila ibu bapa bergadoh.. anak merasa tertekan
Bila institusi tiada kebahagiaan.. anak yang di persalahkan..

Adakah anak itu lahir sebelum ibu bapa??
Bukan kah anak itu lahir selepas perkahwinan??
Sampai bilakah anak yang perlu menanggung segala derita dalam jiwa???
Tiada pernahkah merasa apa yang anak itu rasa??

Tiada ibu bapa yang tiada melakukan kesalahan...
Tiada anak yang terlahir suci itu membesarnya sebagai malaikat...

Jadi, mengapakah mengharapkan anak itu menjadi sesempurnanya malaikat andai ibu bapa hanya manusia biasa....???

DyaZara : Bagai ketam mengajar anak berjalan lurus, sedangkan ia berjalan senget...~ (=.=)! huh~

Wednesday, February 9, 2011

Header Baru ~

Yeay..!! Ada nampak pape yang berubah tak?? sure nampak kan?? tak kan x nampak kot..?? haishhh... tu maknanyer tinggal 3kali Jumaat lah tu... huhuh... oh tidak!! Gurau2 jerk.. gurauan membawa ceria kan kan..??? Bila ceria kita akan senyum..bila senyum kita akan nampak cantik/jelita/manis/menawan/hensem/kacak/dan...sewaktunya dengan nya... ehek!! (ooiii,makcik!! ko kalo x merapu + merepek memang xleh ek?? hadoiiyaaaiii..)

Sangat tantek kan my header?? Saya sgt sukekan ia.... uhuhuhu... Mekasih kepada beliyaw yg telah berhempas pulas menyiapkan header baru tuk aku.. setelah dipaksa berkali2 oleh aku hak hak..~!! Tapi akhirnya hasil yang sangat memuaskan hati aku.. walopun saiznyer mcm agak besar...(sbnrnyer nak highlight kan sbb ade gambar aku kat situ..!!) huhuhuhu~

Yelah,nak harapkan aku wat?? hah!! makan tahon la baru nak siap...hahahah... dengan berbekalkan lappy tomey ni ha~ camne nak wat?? ditambah plak dgn kemalasan tahap dewata aku ni... hoh,memang xkan menjadik punyer... last2 silap2 lappy ni trpaksa tido lam tong sampah je nanti jawabnyer..! ha, dari aku sedekahkan lappy kat situ (akibat stress) baeklah aku minta jasa baek mereka2 yang bijak + kreatif + ade kerajinan utk menyumbangkan kekreatifan kepada aku dalam erti kata lain, buat keje2 amal... ahaks~!!(ampu kena lebih, untung2 pasni leh minta tlg lagi!!~) huhuhu~

Hmm.. tuk kali ni templat pun aku ubah kepada potih je senang... nampak cam suciiii je blog aku kan?? ahaks... !! N moga pembacaan lebih mudah pas ni..n pemahaman lebih menjadik.. wallaaweeyy..~!! Merapu lagik!! dah dah... toksah di layan... huhuhu

* check this out my picha at flickr : http://www.flickr.com/photos/alizmuhammadz/5428542824/
kredit to photog Ali Muhammad

DyaZara : jgn setakat blog je suci..hati pun maw suci maaa.... ~!! huhuhu

Tuesday, December 21, 2010

Jatuh Dalam Harapan


Satu per satu aku hadapi dengan perlahan dan tenang.. Sambil merenung melalui bayu angin yang menyapa pipiku perlahan..

Entah mengapa hatiku terusik lagi,dan kali ini ia smakin pedih hari demi hari..bagaikan bermain dengan api,walopun tidak terbakar namun bahangnyer mampu mencairkan warna di helaian carta hidup ini.

Tercalar jiwa pedih tak siapa peduli kerana sukar dibahasai dengan kata-kata. Cukuplah sekadar menjadi rahsia disebalik sinaran mata. Keterlukaan ini aku tabah tempuhi dengan senyuman kelat. Episod demi episod semakin terungkai dalam mencari makna setiap perjalanan turun naik nafasku. Masih mungkinkah aku bertahan lagi...???

Dengan langkah perlahan aku harunginya kembali sambil memandang ke dada langit moga masih wujud cahaya dibalik awan yang masih sudi menemani siang dan malamku tanpa diriku kesepian. Salahkah aku yang cuba menumpang kasihnya sinar cahaya itu....???


Menyintai Bukanlah Untuk Disakiti....

Tuesday, December 7, 2010

Jangan Pernah Terlupa Untuk Tersenyum..~!!

Salam Maal Hijrah 1432 wat cayang2 sume....

Membuka lembaran tahun 1432H ini aku sgt2 mengharapkan segala yang terindah bakal menyinari hidup aku kembali... Amat2 merindukan kehidupan biasa sebagai wanita biasa.. mencuba melupakan episod terpuruk, mencuba melangkah dengan waspada.. namun yang pasti aku masih lagi tidak berani berharap.. kerana disetiap kali berharapkan pelangi, hujan petir akan menyelubungi.. arghh..!! kalaulah aku boleh jeritkan.... hahahhaha..~!!

Erm.. biar apa jua yg dugaan yang menerjah, aku masih kekal disini.. kerana jatuh dan sakit itu penting untuk aku belajar mengubati dan menjaga diri agar tiada episod keterlukaan lagi. Teguhnya aku kerana masih ade tiang2 kukuh dan kuat untuk aku berpaut erat, biarpun hanya aku yang dibasahi hujan lebat itu, masih ada payung yang sudi menumpangkan aku redupannya.. Syukur ku Ya Allah, kerana kasih sayang MU aku bertahan dengan ujian ini...

Tiada pernah aku cube melupakan untuk tersenyum.. adalah penting mewarnai hari dengan senyuman agar yang melihat turut tersenyum dan ceria.. Cume mungkin senyuman ku kadang berbaur kusam, hambar atau dingin.. apa yang tersirat masih keikhlasan yang cube disampaikan... harap tiada yang silap tafsiran.. menggembirakan orang lain adalah kegembiraan buat diriku yang rindukan keceriaan sebenar dan erti kebahagiaan...

Sentiasa pesan pada diri.. jangan pernah terlupa untuk tersenyum.... :)


Friday, December 3, 2010

Sisipan Langkah Penghujung Tahun

Salam Mesra bertemu lagi di blog kusam ni... huhuhu

Perjalan hari-hari dlm kehidupan aku semakin mencabar...tapi syukur aku masih mampu bertahan dengan berbekalkan suntikan semangat dari kluarga,sahabat2 dan teman2... Bermula pembukaan tahun 2010 dengan kejadian xcident di bulan January...n selepas itu ujian demi ujian yang sangat mencabar jiwa wanita ni datang menerjah bertimpa-timpa bagaikan tiada kesian.. Tapi Tuhan itu Maha Adil,kerana disetiap langkah kaki ini Dia masih menyelitkan keindahan dan ketawa agar mewarnai kisah hidup aku seorang wanita yang terlalu lemah...

Akhir2 ni aku terasa sgt2 penat...kalau ada perkataan lain selain itu nak...je aku guna kat sini. Kejadian yang hampir2 meragut nyawa aku,officemate n boss aku minggu lepas memang takkan aku lupekan. Syukur kami semua terselamat dari nahas xcident yg merupakan kali ke 3 untuk tahun ni bagi aku... Masih terselit trauma dlm diri ni tapi aku cube atasinya perlahan...

Tak cukup dengan itu,aku diuji lagi dengan penghinaan paling hebat dlm usia 25tahun ni pada 1hb Dec,2010.. Kejadian yang berpunca dari salah faham yang diwujudkan oleh org yg telah aku terima sebagai keluarga sndiri akhirnya telah menikam aku dari belakang dek kerana sifat dengki dan iri hati..dan menjadikan kawan sekolah aku sendiri sebagai orang tengah tuk menjatuhkan maruah aku secara terangan di laman Facebook.

Ini merupakan kejadian kedua yang hampir sama dalam tahun ni...dan kali ini lebih hebat. Untuk itu aku dah tak mampu mendiamkan diri maka terpaksa ketengahkan dengan wat laporan polis demi keselamatan aku. Dan sangat2 bersyukur kerana terselit hikmah dalam kejadian ini..bilamana hubungan aku dan kawan sekolah yg telah terputus telah berakhir dgn kemaafan. Dan telah berjaya menyedarkan kluarga aku tentang parasit yg wujud dlm diam.

Dah beberapa malam aku tak tido ngn lena,hari ni terasa sangat letih dan penatnyer nak menghabis beberapa hari lagi tuk 2010...

KHAS BUAT YANG TERLIBAT :

A.A.R :- Babe,! Setiap org ade wat salah, samada dalam sedar atau tidak... Kejadian ini amat2 meninggalkan kesan dlm hidup aku krn melibatkan maruah..tapi,tidak sekali aku berdendam dgn kau dan aku memaafkan segalanya dan berharap kita sama2 menjalani hidup dengan baik dan berkawan seperti dulu.. Aku tabik keberanian kau yang telah membetulkan keadaan dan membersihkan nama aku semula... tengs babe..!

R.H :- Aku sangat2 nak taw apa salah aku pada kau sehingga ko sanggup wat aku mcm ni.. Insaflah dan bersyukurlah kerana kami masih menerima kau sebagai keluarga. Jangan kerana lidah dan kata-kata, kau akan membinasakan diri kau sendiri. Jadilah yang terbaek tuk abang aku dan anak2 buah aku... Pilihan di tangan kau samada nak jadi terbaik atau sebaliknya.....

TEMAN & SAHABAT :- terima kasih kerana tak putus2 memberikan aku kekuatan utk menghadapi hari2 pedih ini, dan terima kasih kerana membantu aku dalam kejadian cyber ini, dan menjadi nadi aku tuk bertahan biarpun ditiup kencang....

Ya Allah, teguhkan kesabaran dalam diriku...~
*Sangat tenang ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar. Syukur Alhamdulillah, sgl kejadian telah membuktika siapa lawan diantara kawan. Mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak tersungkur ditempat yang serupa..

Wednesday, November 17, 2010

Langkah Kaki Usah Berhenti

Alangkah merdu suara yang kedengaran. Memuji Segala Kebesaran. Dunia sekadar pinjaman. Aidil Adha menjentik hati lagi. Tak mampu menjeratkan rasa-rasa itu. Yang terlihatkan hanya kidung yang sepi.

Apalah daya diri ini. Langkah kaki tak sanggup melawan arus suratan. Dua tangan tak kuat menahan beban. Sekadar berpaksi pada baki hembusan semangat tersisa. Masih mencuba mendongak ke langit. Di malam hari mencari sinar bintang itu. Apakah akan kelihatan lagi..?


Semoga esok mentari tidak pernah serik meminjamkan surianya. Awan tidak pernah lelah memberikan redupan. Dan hujan tidak pernah putus mencurahkan zatnya. Kerana masih ada pelangi diantara.

Melangkah aku pada lorong jalan cerita tersendiri. Mencari konklusi. Pertemukan jawapan kekaburan ini. Tersimpan kemas segala rahsia diary. Dihiasi reben warna-warna ceria.

Langkah Kaki Ini Usah Berhenti... Biarpun Destinasi Belom Pasti....

Thursday, September 30, 2010

bila rasaku ini rasamu


awak...
bila awk belom kenali saya,
awak anggap saya sama je kan dgn yg lain??
betul tak??

tapi itu dulu..

selepas sekian lama, awk cari n hubungi saya semula
kenapa??
kerana awk nak sentiasa dekat dengan saya kan??
saya taw... sbb dari dulu lagi sy dah taw...
tapi saya hanya diam kan...
kenapa??
kerana ini lah saya kalau awk nak taw....

awak...
saya suke sangat sebab ada awk dengan saya
awk selalu buat sy ketawa
sy susah nak nangis depan awk..
kenapa??
kerana saya tak maw menangis lagi... awk taw kan??

awak..awak penah tanya..
kenapa saya selalu hepi n ceria je kat fesbuk
tapi dengan awk lain...

selalu ke sy mcm ni wak??
ke.. hanya ketika sy sedih jer??
awak fikir balik ye.. kalo awk ada masa nanti...

awak...
meh saya cerita meh..
awk igt tak.. awk penah ckp..
fesbuk adlah sbg medium hiburan saje..
jadi hiburan mestilah gembira kan???

awak..
bila awak memang rapat dengan saya
sy nak kongsi sglnya dengan awk..
sgl sedih,duka,derita
juga ketawa,suka n ceria..
tapi dalam fesbuk sy hanya boleh kongsi gembira..
sebab kalo sy kongsi kesedihan di fesbuk...
bermakna sy kongsi sglnya yg sy kongsi ngn awk dlm fesbuk...
jadi, apa makna awk ada kan??

awak..
sekarang awak taw kan..
kenapa awk selalu jadi mangsa 'moody' saya..
sebab dengan awk je sy nak share...
bukan dengan sume orang pun...
dan dengan awk jugak sy kongsi ke'hepi'an saya kan??
hari2 saya ceria... cume kadang2 jer...

tapi..kadang2 kan wak..
saya xmampu nak cerita segalanya yg saya rasa
sebab macam x adil pula..
sbb kalo sy cerita awk akan susah hati..
sy xmo awk susah hati..
jadi biarkanlah saya je rasa sendiri..
sebab saya taw sgl yang sy rasa skang ni akan berakhir jugak nanti...
awk sabar yer...!

awak...
kalo saya salah lagi awak maafkan yer!
sebab saya ni biasa2 je wak...
suke nangis sorang2..
saya cume boleh minta maaf..
sebab slalu jadikan awk tmpat moody saya..
kalo awak xsuke awak gtaw taw!!
sy xkan moody lagi ngn awk..
sy akan cube anggap awk sprt fesbuk sahaja...
supaya awk xkan terluka...

bila rasaku ini rasamu..sanggupkah engkau menahan sakitnya???

Wednesday, September 15, 2010

Aku & Raya

Raya tahun ni bagi aku memang 100% berbeza giler dari tahun2 yang lepas... huhu.. selain ditemani airmata di pagi Syawal... selepas tu bawa mak g beraya umah sedara kat Hulu Langat... pastu balik tido...bangun je makan... pastu borink giler aku g beraya kat saloon.. huhu best x?? hehehehe

So, xtvt aku hari tu hanya lepaks kat saloon.. men'saloon'kan diri.. 1 Syawal kat saloon... 2 Syawal pun kat saloon jugak... wahh...sure cun giler kan bila kuar dr saloon.. yelah, 2 hari kat saloon... kekekekekeke~

Beginilah kehidupan sebagai insan yang tiada kampung nak balik beraya.. huhuhuhu...



Monday, September 6, 2010

3hari lagi??

3hari lagi menjelang Aidil Fitri yang dinanti seluruh umat Islam didunia... tp dalam kegembiraan itu masih lagi terselit hati-hati yang berduka..hanya ditemani airmata....

Sekali ini aku berharap masih ada tabah dalam hati yang bisa menjadi nadi tuk ku berdiri.. menjadi nafas tuk aku teguh lagi... atau perlukah aku sembunyikan diri dari Lebaran ini?? tidak... mengapa harus menghukum diri sendiri?? tidak... bukan meletakkan hukuman... tapi...arghhh....

Keriuhan lagu-lagu raya hanya membuatkan pipi ku dibasahi jernih-jernih airmata yg mengalir deras... selain keterasingan, aku harus berhadapan dengan seribu satu persoalan yang xmampu aku berikan jawapan nanti... tolonglah..berhenti...

Melihatkan wajah Erin juga menambahkan kesayuan dalam diri... kejam kah aku?? mengapa aku menzalimi si comel ini?? mengapa harus dia yang merasa segala kepedihan aku?? tidak... Erin harus membesar seperti kanak-kanak lain... dia tidak harus melihat kepiluan tidak tertanggung ini..


tak mahu lagi bergelumang airmata.. tp hanya airmata menjadi peneman setia.....

Oh Tuhan.... puji-pujian ke atas MU...

Friday, September 3, 2010

Raya Datang Lagi

Tinggal seminggu je lagi nak menyambut Aidilfitri... huhuhu... semakin hampir dengan 1 Syawal..semakin sebak dan syahdu plak hati aku nih... adoiii.. puas sudah menepis semua tu...tp bila lagu-lagu raya berkumandang je... airmata ni mudah sangat nak tumpah.

Maklumlah, raya kali ini bagi aku amat berbeza skali.. kadang terbayang pulak malam raya bila terdengar suara Takbir.. sure aku nangis x hengat nyer.. adoiii..camne nak lalui nih..???

Bukan saja raya..Ramadhan tahun ni pun aku sengaja menyibukkan diri supaya dapat mencipta Ramadhan yang berbeza dari tahun-tahun yang lalu... sukar sebenarnya walopun aku sedaya mungkin melalui dengan tabah.. Selalu aku pujuk hati jangan menangis dan menahan airmata sedalam yang mungkin.. tapi bila bersendirian aku x mampu jugak melawan perasaan... kenapa lah lemah sangat jiwa terdalam aku nih??

Yang aku amat pasti.. di pagi Aidilfitri nanti mesti akan ada adengan2 airmata... kadang2 aku berharap tiada Aidilfitri buat ku... tapi itu tidak adil, kerana aku harus menceriakan insan disekeliling ku terutama mak abah & Erin... tiada ibu bapa yg nak melihat anak2 bersedih kan?? jadi aku harus sembunyikan duka dalam hati ini pada pagi Raya nanti....

* seandai kau tahu apa didalam hatiku, mahukah dirimu menyelami dan menangis bersama....??

Thursday, August 26, 2010

: : berpaut di dahan waktu

keterlaluan waktu yg berlalu mengajar aku akan erti kehidupan sebenar.. siapa aku.. siapa kamu.. siapa kita... aku masih disini seperti ini dan masih begini... tiada yg merubah keperibadianku... aku dengan keterbatasan ku.... hanya siapa aku di mata mu....

Setiap detik waktu ku lalui dengan penuh syukur ku... keceriaanku dan kesedihanku memungkin kau rasa... gapailah aku dengan kelembutan dan keindahan jiwa mu terdalam... disitu kau akan melihat ku berlagu riang...


meniti ku di hari-hari ini dengan berteman segala resah dikalbu.. mengharapkan lepas jauh dari ikatan yang membelenggu... aku ingin di situ...

ku tahu kau mengerti.. ku tahu kau fahami... namun biarku tanggung sendiri.. hanya satu

genggaman itu usah kau lepaskan disaat kita fahami apa erti sebenarnya ia....

Sunday, August 15, 2010

DaLaM DiAm Ku

~Telah ku pilih jalan ini,meski aku sendiri...renungi erti sepi... Lelah terus berlari,tanpa bererti membelah hati..terumbang ambing dalam kebimbangan.. Yang hilang biarlah menjadi kenangan, biarkanlah...lepaskan lah.... ~


Aku biarkan keperitan itu berlalu...kerana disitu bukan tempatku... ku yakini aku masih punya ruang di sudut berbeda..di situ pasti ada jawapannya...

Syukur ku pada Mu Tuhan...menjadikan laluan ku berliku agar aku tidak melupai Mu...

Syukur ku pada Mu Tuhan...meletakkan ku disini agar aku kenal siapa aku disisi Mu...

Tidak aku meminta lebih dari yg aku mahu...namun ku manusia punya segala rasa... mengapa dinafikan semua??

Akan ku teruskan menghayun langkah kaki...di jalan-jalan ini...moga ada cahaya menyinari malam gelap ku...

-dyaZara-

Friday, August 13, 2010

~ K.U.I.N.G.I.N.K.A.M.U ~



Sayang, kamu harus kuat...
benar kata kamu... sbb slalunyer aku lemah...

Sayang, kamu harus berhenti menangis
benar kata kamu... krn airmata x mmpu selesaikan masalah..

Sayang, kamu perlu buat keputusan
benar kata kamu... krn smpai bila aku harus begini...

Sayang... kamu kini harus terus ketawa, tinggalkan kesedihan lalu di belakang, dan terus tersenyum untuk masa depanmu yg lebih cerah...

Benar... benar kata kamu...
kenapa aku harus biarkan wajah ini diselubungi kedukaan??
sedang bahagia di hadapanku...

kenapa aku harus biarkan airmata membasahi??
sedang ceria itu adalah temanku...

kenapa aku harus biarkan hidupku begini??
sedangkan aku ada kamu.....

kerana kamu... kekuatan ku,
kerana kamu... pelindung ku,
kerana kamu... mengesat airmata ku,

kerana kamu.... dan selamanya aku ingin KAMO0.... ~

Monday, July 26, 2010

Hari tu kan....... ~

Saje nak story kat blog aku ni pengalaman yg aku lalui pada hari Jumaat ari tu... yelah, kalo boh kat diary lama2 kang tah kemana lah diary aku letak... hhuhuhu ~

Hari Jumaat minggu lepas... dari pagi aku sebok sbnrnyer... tp yg lebih sebok bila waktu petang... mmm..sbb ptg tu member sekolah lama aku (si Mursalin) ajak g event dia kat Hotel Summit USJ... so sglanya bermula bila aku telah menggunakan konsep 'paksa rela' kakak aku iaitu Izan... huhuhu...

Petang tu selepas sgl urusan2 penting selesai... aku cepat2 tukar persalinan kai jeans je.. (cam biasalah)... pastu drive terus nak ke Subang Airport nak g amik Izan kat situ... meredah jln highway yg giler jem... rasa cam nak nangis guling2 je kat situ sbb kaki da mula sakit... n hp da start kasi warning battery nak out... n Izan plak x henti2 nak coll n text aku sbb beliau marah tunggu aku lama sgt... yelah, aku pun xleh gak nak salahkan dia... sapa suruh abih keje kul 4.30 kan?? kekekekeke.... aku lak dok lepak ngn tekanannya dlm jem yg memang mcm kura2 sakit gigi... adosshhhh... huhuhuh~

Dah lah aku x biasa lalu situ... tp aku redah je ngn hp x leh on langsung... smpai lah aku nampak kelibat makcik serba putih kat bus stop time maghrib2 tu... aku bg signal kiri n brenti.. n makcik tu terus ke kereta aku buka pintu n duduk kat sebelah aku sambil bebel marah2... aku cam biasalah... wat pekak jer... kekekekeke...

Oleh kerana kami berdua xtaw jalan dari situ nak ke Summit.. (jd blur jem otak sbb dok lyn makcik ni bebel).... n Izan coll kwn dia tnya jalan... tah kemana2 hala tah dibawanyer... huhu.. pastu aku pun coll lah member aku tuk tnya jalan gak... tgh dok nak coll tu... lam jem2 tu rupenyer ade van polis kat sebelah aku jerk... camne leh x perasan nih??? Izan lak x henti2 mulut dia bebel tah apakemende dia kepoh sgt aku pun xpham.... Polis tu da usha aku len mcm... aku pun cepat2 lah men cilok2 lam jem tu... lega gak akhirnya lepas gak dari polis tu... huhuhu~
(tp aku masih x phm kenapa makcik sebelah ni dok pot pet pot pet lgi)... haiiiyaaa....!!!

Sampai je kat Summit... jenuh gelak... adeshhh...

Lagi kejadian tidak diingini....

Dalam aku sebok tukar kasut... izan masih meneruskan xtvt tetap dia yg dok bebel kali ni psl nak tgk kasut n baju2 lawa kat lam Summit... aku biarkan aje n lyn je lah bebelan makcik nih.... Elok je aku siap kai kasut... Izan tolong tutupkan pintu keta dengan semangatnyer.... Rasa nak nangis aku bila tgk kunci keta dok diam2 kat seat blakang... hadoiiii.... apalah makcik oiii.... waaaa..... dlm dok nak nangis tu aku teringat... yg keta aku ada 1 pintu rahsia... kekekekke... maka terselamat lah aku.... huhuh~

N pastu kitorang g jejalan kat Summit smpailah si Mursalin coll n tunggu kitorang kat lobi Hotel Summmit... ermm... dinner ropenyer kat situ... best gak.... yg paling best bila dapat tukar2 citer ngn Mursalin psl kengkawan lama... n flashback balik memory dulu2 zaman nakal kitorang... huhuhu... thanks sgt to Mursalin krn menjemput aku n Izan join event Company dia.... n harap pasni kita akan terus keep in touch dengan frendz lama jugak.... seyes aku rindu sama korangggg.... ~

*Mursalin... jgn lupe update aku kalo ada pape ek... huhuhu (aku ni kan pelupa..ahaks!!)

-dyaZara-

Wednesday, July 21, 2010

Jalan-Jalan itu....

Entah kenapa lama aku x update blog.... hmmm...akhir2 ni fikiran aku agak celaru n terganggu... sampaikan idea pun xmari.... ahaks!!! Tapi tetap aku nak berterima kasih wat teman-teman yg sudi menemani aku kala sunyi... taklah aku layan perasaan sgt kan??? adusshhh.. huhu

Bagaimanapun hidup harus diteruskan... biarpun sesekali perlu kita menoleh kebelakang tapi jangan sampai berundur... Setiap hari ada saja perkara yg bergolak dlm jiwa ini... xkurang juga kenangan yg tercipta... Entah dari mana harus aku mulakan langkah kaki... sbb segalanya bagaikan terkunci... Kerana aku takot menghiris perasaan org lain... sbb itu aku terdiam disini sendiri... sampai bilakah aku mampu bertahan begini?? Aku harap sinar menanti pasti....

*hendak ku luahkan takot makanlah diri
*hendak ku simpankan meracuni hati
*hendak ku jeritkan takut malu sendiri
*hendak ku diamkan kau xkan mengerti......

lirik lagu Mawi yg aku slalu igt.... ahaks!!!

-dyaZara-

Sunday, July 11, 2010

Happy Birthday Sayang....

Alhamdulillah.... hari ni 11hb Julai, 2010 genaplah usiaku yg ke 25.... ahaks!! tua dah rupenyer aku... (trimalah kenyataan....) Syukur sgt kerana masih diberi pinjaman nikmat nafas & usia ini... dan moga terus tabah dan sabar dalam meniti hari2 yg bakal mendatang... insyaAllah...

Hmmm..tidak ada apa yg special hari ni... sbb plan asal sbnrnyer nak g tgk movie Eclipse ngn semua darlings..but terpaksa cancel last minute atas sebab2 peribadi... ahaks!! nak wat camne kan??? da xde rejeki lah turrr...

Semalam mak tak bape sihat...n seharian aku menjaga mak n bawa mak ke klinik.. alhamdulillah mak beransur sihat ari ni... n pagi tadi masa aku basuh kain n prepare sarapan mak dtg peluk aku sambil cium pipi aku... n wish "selamat hari lahir adik..mak sayang adik sangat2"... Ya Allah, terharunya aku dengan pelukan mak..... ADIK SAYANG MAK... terima kasih mak....~

Pastu mak ajak aku kuar makan...ngn abang2 aku skali.... kitorang makan di Laksa Shake kat Jusco Balakong...seronok jugak... skurangnyer terubat gak hati aku nih...huhuh~ n mak blikan aku sehelai T-shirt n skirt... katanya xde apa nak hadiahkan kat adik.... Tima kasih skali lagi mak.... kasih sayang mak pun dah cukup wat adik....

N malam ni pulak final World Cup.... harap2 leh lah aku dapat lesen tuk g tgk ngan darlings kat umah amy... huhuhu... tapi takot gak nak ngadap mak abh nak minta izin... adoiii...huhuhu
kalo derang bagi (sbb rini befday aku kan...) syukur sgt.... kalo derang xbagi....nak wat camner... mgkin itu yg terbaik...

Apapun aku masih berharap leh g tgk Eclipse n Predator... ade sape2 nak banje aku??? huhuhuh~

*hepi befday sayang... 2day is ur day... enjoy it... n plz dunt cry....*

-dyaZara-