Friday, September 3, 2010

Raya Datang Lagi

Tinggal seminggu je lagi nak menyambut Aidilfitri... huhuhu... semakin hampir dengan 1 Syawal..semakin sebak dan syahdu plak hati aku nih... adoiii.. puas sudah menepis semua tu...tp bila lagu-lagu raya berkumandang je... airmata ni mudah sangat nak tumpah.

Maklumlah, raya kali ini bagi aku amat berbeza skali.. kadang terbayang pulak malam raya bila terdengar suara Takbir.. sure aku nangis x hengat nyer.. adoiii..camne nak lalui nih..???

Bukan saja raya..Ramadhan tahun ni pun aku sengaja menyibukkan diri supaya dapat mencipta Ramadhan yang berbeza dari tahun-tahun yang lalu... sukar sebenarnya walopun aku sedaya mungkin melalui dengan tabah.. Selalu aku pujuk hati jangan menangis dan menahan airmata sedalam yang mungkin.. tapi bila bersendirian aku x mampu jugak melawan perasaan... kenapa lah lemah sangat jiwa terdalam aku nih??

Yang aku amat pasti.. di pagi Aidilfitri nanti mesti akan ada adengan2 airmata... kadang2 aku berharap tiada Aidilfitri buat ku... tapi itu tidak adil, kerana aku harus menceriakan insan disekeliling ku terutama mak abah & Erin... tiada ibu bapa yg nak melihat anak2 bersedih kan?? jadi aku harus sembunyikan duka dalam hati ini pada pagi Raya nanti....

* seandai kau tahu apa didalam hatiku, mahukah dirimu menyelami dan menangis bersama....??