Alangkah merdu suara yang kedengaran. Memuji Segala Kebesaran. Dunia sekadar pinjaman. Aidil Adha menjentik hati lagi. Tak mampu menjeratkan rasa-rasa itu. Yang terlihatkan hanya kidung yang sepi.
Apalah daya diri ini. Langkah kaki tak sanggup melawan arus suratan. Dua tangan tak kuat menahan beban. Sekadar berpaksi pada baki hembusan semangat tersisa. Masih mencuba mendongak ke langit. Di malam hari mencari sinar bintang itu. Apakah akan kelihatan lagi..?
Semoga esok mentari tidak pernah serik meminjamkan surianya. Awan tidak pernah lelah memberikan redupan. Dan hujan tidak pernah putus mencurahkan zatnya. Kerana masih ada pelangi diantara.
Melangkah aku pada lorong jalan cerita tersendiri. Mencari konklusi. Pertemukan jawapan kekaburan ini. Tersimpan kemas segala rahsia diary. Dihiasi reben warna-warna ceria.
Langkah Kaki Ini Usah Berhenti... Biarpun Destinasi Belom Pasti....
1 comment:
teruskan langkahmu...
Post a Comment