Tuesday, December 7, 2010

Jangan Pernah Terlupa Untuk Tersenyum..~!!

Salam Maal Hijrah 1432 wat cayang2 sume....

Membuka lembaran tahun 1432H ini aku sgt2 mengharapkan segala yang terindah bakal menyinari hidup aku kembali... Amat2 merindukan kehidupan biasa sebagai wanita biasa.. mencuba melupakan episod terpuruk, mencuba melangkah dengan waspada.. namun yang pasti aku masih lagi tidak berani berharap.. kerana disetiap kali berharapkan pelangi, hujan petir akan menyelubungi.. arghh..!! kalaulah aku boleh jeritkan.... hahahhaha..~!!

Erm.. biar apa jua yg dugaan yang menerjah, aku masih kekal disini.. kerana jatuh dan sakit itu penting untuk aku belajar mengubati dan menjaga diri agar tiada episod keterlukaan lagi. Teguhnya aku kerana masih ade tiang2 kukuh dan kuat untuk aku berpaut erat, biarpun hanya aku yang dibasahi hujan lebat itu, masih ada payung yang sudi menumpangkan aku redupannya.. Syukur ku Ya Allah, kerana kasih sayang MU aku bertahan dengan ujian ini...

Tiada pernah aku cube melupakan untuk tersenyum.. adalah penting mewarnai hari dengan senyuman agar yang melihat turut tersenyum dan ceria.. Cume mungkin senyuman ku kadang berbaur kusam, hambar atau dingin.. apa yang tersirat masih keikhlasan yang cube disampaikan... harap tiada yang silap tafsiran.. menggembirakan orang lain adalah kegembiraan buat diriku yang rindukan keceriaan sebenar dan erti kebahagiaan...

Sentiasa pesan pada diri.. jangan pernah terlupa untuk tersenyum.... :)


2 comments:

kodokngorok said...

senyum sebagai ilham kekuatan...

mrpeneutralisasipilu said...

g I-city xajak saya pun =((