Friday, February 5, 2010

Biarku Tanggung Sendiri........

Keperitan hidup seringkali mengajar aku erti kedewasaan dan ranjau liku yang telah dan bakal aku lalui amat beerti bagi diriku... hakikatnyer...biarpun ditelan pahit... sebenarnya terselindung kemanisan yang tiada ternilai...Tiada siapa yang memilih jalan derita... tapi tahukah... tanpa derita tiada erti bahagia....

Terkadang terfikir... mengapa aku harus melalui semua ini diusia sebegini?? Remajaku tidak seperti teman-teman ku.... Berdosakah aku mempersoalkan takdir ini?? Ya Allah.. ampuni hamba MU... Aku pasti KAU punyai sebab yang jelas buatku... Sepatutnya aku bersyukur kerana aku antara insan pilihan MU untuk diuji....

Setiap yang memandang... hanya melihat aku disini... bahagia dengan senyuman ceria setiap hari... Tahukah mereka... terkadang senyuman ku itu palsu??? Maafkan aku....

Alhamdulillah... keperitan lalu membuatkan aku berjaya menyembunyikan segalanya disebalik wajah.... kini aku ikhlas tersenyum..... Aku bahagia bila membuatkan insan sekelilingku juga bahagia....

Masih terngiang di telinga ku kata-kata 'Abah' (seorang ustaz yg aku anggap abah)... "Bersabarlah Dya... Tuhan tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan...kerana Dia lebih tahu sejauh mana kekuatan setiap hambaNya untuk diuji.."

Tima kasih abah... walaupun sekarang aku tak tahu kat mana beliau... tapi kata-katanya sentiasa menjadi pendorongku tatkala aku merasa kecewa diuji...

Siapakah yang mengerti luka disebalik senyuman dan tawa???

Biar apa jua duka... akan ku pendamkan....

Biar apa jua dugaan..... Biarkan aku tanggung sendiri............

-dyaZara-

3 comments:

wan said...

secara umumnya, manusia yang byk ditimpa musibah dan melakukan kesilapan dalam hidupnya, berfikiran lebih matang dan tabah dalam menghadapi sebarang dugaan kerana mereka ini byk belajar dari kesilapan dan menjadikan masalah itu sebagai iktibar untuk terus maju kehadapan.

tidak perlu kita fikir jauh, kebanyakan usahawan yg berjaya pernah mengalami keperitan dalam membina kerjayanya (sampai ada kata nak beli susu anak pun tak mampu... huhuhu~). Tapi semua itu ujian yang menguji sejauh mana kita sanggup maju kehadapan merintangi ujian2 Allah s.w.t tu.... dengan tenang dan akal... insyaAllah kita berjaya.

untuk u, yang mana dah lepas... just jadikan iktibar... yang perlu difikiran adalah yang akan datang... insyaAllah masa depan Dya lebih cerah.

cheers... =)

rosliey said...

...ku kagum dgn ketabahan mu..wlapun dlm kesakitan..keperitan..namum dirimu,tetap meneruskan kehidupan tnpa ragu2..
..cekallah hatimu..terus berdoa dan sentiasa dekatkan diri dgn Nya..
..sbg teman,ku memohon agar dirimu sentiasa dilindungi,dirahmati..dan tabah dlm mengharungi liku2 hidup,agar dirimu menemui jalan kebahagian..kegembiraan bersama insan yg tercinta..

rosliey said...

..sesungguh diri ini akan sentiasa diuji oleh Penciptanya..maka kita harus sentiasa Redha..
..untuk mu teman,ku harap dirimu sentiasa tabah menghadapi liku2 hidup ni..namun ku kagum,dirimu masih kuat menerimanya walaupun bersendirian..
..sbg teman..ku sentiasa berdoa,agar dirimu diberi kekuatan dan menemui kebahagian serta kegembiraan bersama insan yang tercinta..