Tuesday, February 23, 2010

:: Cinta Ini Membunuhku ::

 Aku terbunuh kerana Cinta... aku juga dibunuh oleh Cinta....

Sekian lama aku cube jauhi cinta... mengapa masih terperangkap jua?? Ahh... aku insan terlalu lemah untuk menjauhinya.... hakikatnya aku memerlukan cinta... namun cinta itu bukan milikku... biarpun telah ku relakan hidupku demi cinta...ternyata masih tidak termiliki....

Oh Tuhan.... malam2 ku hamparkan jiwa ini berserah pada Mu.... Semakin hari aku disedarkan dari lena itu.... Syukur ku pada Mu YA Allah... kerana masih memberi ihsan dan sayangkan hamba Mu ini...

Kesakitan terdalam ini cube untuk aku pulihkan... biarpun ujian takkan berhenti... namun aku yakin..kebenaran pasti terungkap jua... Biar sehebat manapun ujian... Aku tahu aku mampu hadapinya...kerana aku lah yang dipilih untuk melewati jalanku... Insya Allah... kerana aku masih punya teman-teman dan sahabat yang sentiasa menghulurkan doa buatku dari kejauhan... (Tak mampu ku membalasi jasa teman2...)

Biarpun kebenaran yang terungkai itu pedih... sebenarnya ia punyai 1001 kemanisan yang tidak dilihat dari mata kasar... Oh Tuhan... takkan aku berputus syukur ku pada MU... kerana Kau tidak pernah lapangkan hidupku dari ujian Mu... Semakin aku menghampiri Mu... semakin dekat Kau pada ku.... Kau lah Rabbul Izzati....

Hidup ini sentiasa dikelilingi kaca... diantara kaca-kaca itu pasti tersembunyinya permata... suatu hari pasti kan ku miliki jua... andainya jika aku xmmpu memiliki..aku tetap bahagia kerana dapat melihat sinarnya yang tiada nilai antara kaca....
Aku harus bangkit dari kesakitan ini... mengapa harus biarkan diri merana?? Mereka hanya tertawa melihat diri ni hancur perlahan lahan kerana perbuatan mereka... Jangan sesekali biarkan begitu... Kehidupan harus diteruskan.. di hadapan pasti lebih banyak halangan dan dugaan.. Ketabahan dan kesabaran harus menjadi landasan dalam kehidupan agar tidak kesesatan....
-dyaZara-

1 comment:

liey said...

..tiada seorg dlm dunia ni,tidak memerlukan CINTA..semua mesti memiliki..terutamanya CINTA pd Allah..pd ibubapa..keluarga dan rakan2..
..setiap insan akan diuji dgn cinta..samaada kita bersedia atau tidak,kita harus menerimanya..
..oleh itu,jgn biarkan dirimu dikuasai cinta yg tak setia,jujur serta ikhlas..teruskan mencari CINTA yang sebenarnya..
..aku percaya..dirimu seorg yg tk pernah kenal putus asa,,akan terus melawan segala rintangan yg ada bersama doa dan kecekalan..
Jangan ada rasa jemu dlm dirimu untuk terus berdoa..dan terus berdoa..ALLAH akan bersama orang yang sentiasa mengingatinya...