"Duhai wanita, pabila engkau mengalami kesedihan, janganlah engkau adukan kepada teman lelakimu, tetapi, pergilah engkau mengadu kepada Tuhanmu, Allah yang Maha Mendengar lagi Maha menolong."
"Wahai jejaka, tatkala engkau merasakan dibebani 1001 masalah, janganlah engkau merungut, tetapi, rebahkanlah badanmu di kamarmu ...dan bayangkanlah Rasulmu yang dibebani pelbagai masalah yang tidak ada manusia pernah alaminya."
"Duhai wanita, pabila engkau berjalan diluar, engkau akan menjadi tumpuan jejaka-jejaka. Janganlah engkau merasa gembira, sebaliknya, bersedihlah kerana mungkin tumpuan itulah yang menyebabkan engkau terjerumus ke lembah Neraka."
"Wahai jejaka, tatkala engkau dikurniakan harta yang melimpah ruah. Perniagaan yang terus maju. Janganlah engkau merasa angkuh, bongkak dan takbur. Tetapi, bersikaplah zuhud dan merendah diri dengan menginfakkan hartamu ke jalan Allah, kerana, takut-takut harta itulah yang akan menyebabkan engkau terjerumus ke lembah Neraka."
*Keluarlah ke luar rumahmu, pandanglah ke langit, maka katakanlah "Maha Suci Allah yang berada di atas langit dan bersemayam di atas Arasy".
No comments:
Post a Comment