Thursday, July 29, 2010

seMadiLah dEngaN TenaNg.... ~

bukan gambar sebenar..... 

Berakhir sudah perjalanan hidup mu... setelah hampir 15 tahun menemani dya sejak dari kecil.. Dan kita bagaikan dewasa bersama...  

Setiap malam kamu menemani tidurku... dan tak jemu menunggu kepulanganku di muka pintu... segala kenakalanmu masih tersimpan kemas2 dalam kotak hati ini.... Setiap kenangan bersamamu abadi....

Waktu kecilmu begitu comel, manja n nakal... kadang2 kamu memang menguji kesabaran... tapi dya suke!! Sebab dya sayang kamu... Sehingga airmata dya mengalir tatkala melihat kamu bertarung nyawa melahirkan zuriat mu... berusaha kamu menyelamatkan bayi mu yg kecil berwarna hitam itu... dan akhirnya kamu lemah dan menyerah bila bayi kamu tidak dapat dilahirkan dengan sempurna kerana kamu hanya dapat mengeluarkan badannya sahaja tapi kepalanya lemas didalam.... Aku sedih melihat kamu yg teramat lemah... Tiada jalan lain utk menyelamatkan anakmu.. Doktor terpaksa menarik keluar anakmu yg tiada bernyawa itu... Tapi kamu masih tabah..n melawan kesakitan itu sehingga kamu sembuh dan bermain semula... 

Begitupun ia tidak lama... kamu mengandung buat kali yg ke 2... tapi kali ini kandungan mu agak besar... dan kamu semakin lemah bila menghampiri detik dan saat melahirkan... kerana sayangkan kamu.. dya dan mak membawa kamu ke Hospital Besar Haiwan yg tak silap dya terletaknya di Bangi... Kamu diberikan ubat 2 minggu sebelum kamu melahirkan... kata doktor, kamu harus melahirkan melalui pembedahan kerana anak kamu kali ini agak ramai dan kamu tiada tenaga melahirkannya sendirian... 

Selepas 2 minggu, kamu dimasukkan ke Hospital... dan dibedah... melihat kamu dari cermin luar membuatkan  dya menitiskan airmata... bulumu dicukur sehingga menampakkan kulitmu yg gebu... kamu diberi pelalian spy kamu tiada merasakan kesakitan itu... tapi matamu berkaca2 dan menitiskan airmata.. kerana doktor memberikan 2 pilihan... samada menyelamatkan kamu atau anak2 kamu... Kami sepakat memilih kamu...krn kami amat sayangkan kamu....dan doktor juga telah matikan sistem peranakan kamu yakni kamu tidak boleh mengandung lagi... Shiannyer kamu.... 

Selepas beberapa jam pembedahan itu, Alhamdulillah... kamu memiliki 4 bayi yang comel2... tapi seekor telah mati selepas beberapa jam kemudian... Dya sempat melihat kamu menjilat2 anak2 kecil mu dgn penuh kasih sayang biarpun kamu amat lemah. Tapi kebahagiaan kamu bertahan hanya utk sehari sahaja..bila keesokkan harinya anak2 kamu mati n meninggalkan kamu lagi... kamu jangan nangis yer... 

Kamu kuat sangat, sebab kamu sembuh dengan cepat..setiap hari dya sapukan ubat pada luka jahitan kamu di perut itu.. dan bulu kamu tumbuh dengan lebat..setiap hari dya bagi kamu minum susu dan vitamin yg  doktor kasi..dya nak kamu sembuh lagi....

Tapi, semua itu tinggal kenangan kerana kamu akhirnyer pergi seperti anak2 kamu... kamu tidak makan dan seakan merajuk kerana menghilangkan diri selama beberapa hari sebelum kematian mu.. Kamu mati dengan tenang bagaikan tidur di laman umah jiran. Jasad kamu telah abang semadikan di tanah berhampiran dengan harapan kamu tidak hancur menjadi bahan mainan anjing2 liar...

Akhirnya kamu tinggalkan Dya... dya rindu kamu...kamu taw tak??? Dya akan rindu kamu sampai bila2... kamu buat dya ketawa dan menangis.... dya sayang kamu......... 

-dyaZara-

2 comments:

wongendeng said...

sabar.. terima qada' dan qadar.. tabah ye.

Murs said...

sabar ye miss d.. pasni kamu xkan kene tinggal lagi.. sob sob sob..!