Thursday, September 30, 2010

bila resah igt saat indah.. bila rindu..???

hati..bila susah mesti stress kan?? walaupun saya tau ada orang yg susah hati tapi tak pernah nak tunjukkan depan2.. mesti nak kaber2 line..atas sebab sendiri, tul tak??

jadi, bila dah susah hati,konfomlah... selalu rasa tertekan, sedih, rasa xde mood nak wat keje, lepastu mulalah cari macam2 cara utk me'relis'kan kesusahatian kita.. seperti pergi shopping, pegi panjat gunung, pegi memancing atau pegi bercuti ke pulau2 atau pusat peranginan yang jauh dari orang ramai.. motifnya ialah utk mencari ketenangan fikiran... kononnya lah!! tapi, ok lah tu..sbb semua tu escapisme yg boleh dikatakan bijak drpada melakukan perkara2 yang x bermoral lain yg x perlulah saya sebutkan kat sini....


tapi, pernah x kita terfikir yang sebenarnya cara2 itu x pernah pun mengurangkan stress atau masalah sebaliknya menambah2 lagi masalah...

contohnya shopping :-[bg yg perempuan n x terkecuali empunya blog sndiri]
konon2nya stress, n bila stress perlukan terapi minda,jadi haruslah bershopping..tp awas! haruslah bershopping dgn cara berhemah,bukan mengikut hati dan perasaan..jadi, elok2 bershopping boleh mengubat hati yang susah,bila hujung bulan, terima bill kad kredit yg da smpai limit, leh jadi sasau! sapa yang salah?? lu pikirlah sendiri..jd lebih baik beli tingkap sahaja.. [means:window shopping]

mcm tu jugak pada org yg pegi memancing :-
konon2nya memancing boleh memberikan ketenangan bila tgk air dan dapat habuan ikan segar+sihat walafiat..tp kalau da sampai 7-8 jam duduk melangut tepi lombong tp sekor ikan pun xdapat..rasa2nya senang hati tak???? itu belom ditambah lagi suara makcik petir kat umah....haha!

dan sama jugak dgn mereka2 yg masuk hutan dan mendaki gunung :-
yang konon2nya masuk hutan memberikan 1001 ketenangan yang tidak dapat dikecapi dibandar..yelah! memang niatnya utk me'relis'kan ketegangan fikiran, tapi hasil dari pendakian itu ialah sakit2 badan..dan yg lebih tragis ialah kecederaan atau kesesatan.. tp xtaw lah kot2 itu pun masih dikatakan ubat penenang yang baik..

dan pada mereka2 yang suke melarikan diri atau membawa diri pergi bercuti..hasilnya pun sama jugak! walau sejauh manapun kita lari tuk mencari ketenangan, tapi masih tetap xkan jumpa apa yang dicari tu sbb semuanya berpunca dari dalam diri kita sendiri..hati tetap merasa gelisah.. hati tetap gundah gulana..

memetik kata2 dari majalah yg sy baca.... ;-

"orang yg stress memerlukan kasih sayang..kerana hati yang bergelodak dengan rasa marah, sedih, gelisah, sunyi, bosan, dan sebagainya memerlukan kasih sayang.." jeng.. jeng.. jeng...

tips saya,

utk para suami, bila isteri balik rumah n nampak isteri moody atau stress yang luar biasa, jgn tanya!! terus jer ajak isteri pegi shopping mall, confom stress isteri pegi ke laut!! xcaya?? boleh try balik karang... haha!

dan para isteri pun harus bertindak serupa, andai melihat suami bermuram durja bila balik kerje, muka kelat semacam, ajaklah suami masuk ke bilik dan buatlah apa2 yang patut... tp awas! utk bulan puasa hanya boleh di praktikkan selepas solat terawih... =p

ops! tips diatas hanya tuk yg berstatus HALAL, kalo xde sila dapatkan dengan kadar segera di jabatan2 agama islam yang berdekatan dengan anda.. trima kasih!!

dan Imam Ghazali telah memberikan ramuan utk merasai ketenangan hati :

"Carilah hatimu di 3 tempat, Pertama..saat membaca Al-Quran, Kedua..ketika sembahyang, dan ketiga.. ketika mengingati mati. Apabila kamu tidak menemukan hatimu di ketiga2 tempat itu, maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati.."

1 comment:

wongendeng said...

dengan mengingati allah hati menjadi tenang..... insya allah