Tuesday, October 5, 2010

mencari erti disebalik diri

Hari yang dilalui seolah tidak berganti. Segala ketegangan emosi sukar ditafsir untuk difahami. Kalaulah aku bisa memuntahkan segala kepenatan ini, tapi takkan mungkin ia terjadi. Kerana terlalu sukar mereka memahami. Tidak aku minta segala yang tidak termiliki. Cukuplah sekadar beri aku secebis ruang untuk bernafas tanpa ada terdengar lagi suara-suara yang menekankan jiwa terhalusi ini.




Mengapa segalanya masih terjadi tika aku tersangat mencari sedikit cahaya buat kehidupan ini. Adakah lagi tersimpan sekelumit kekuatan hati yang aku genggam. Dan mengapa harus selalu ada 'mengapa'..

Aku? Setiap hari mendengar keluhan mu. Dalam tidur dan jagaku. Keluhan mu berkarangkan kisah hidupku. Suara kerisauan mu berkisahkan jalan yang aku lalui. Bisikan resahmu ramuan setiap kerdipan mata ku ini. Argghh! begitu berat untuk aku gagahi.

Andai aku bisa merayu. Ingin sekali ku pinta, berhentilah berbicara mengenai samarinda nafasku. Kerana aku ingin kau tahu, sesungguhnya disini aku sudah tiada erti lagi dalam diri..

3 comments:

vwclubselangor said...

genggam jari jemari ku erat agar kau mengerti yang aku sentiasa berada di sisi tika jerih dan payah...

Anonymous said...

believe d.. believe..!

Anonymous said...

Hulurkan lah tangan mu di saat si lemas sedang mengapai mencari udara.... dan lupakan lah keringat yang mengalir di saat suatu ketika dulu... Mungkin segala keperihan yang kau dan aku lalui itu tidak lagi tergambarkan diingatan....

Di saat kekeruhan berlaku, banyak tangan yang cuba menggapai mencari peluang utk kepentingan sendiri...

Tanpa menghiraukan kesedihan yang menimpa ~