Friday, December 31, 2010

Menutup Sisipan Kisah 2o1o


Tersangat gembira sampai menitik airmata sehingga menjejaskan blusher kat pipi ni ha... sebab mendapat tawaran photoshoot dengan Utusan untuk Butik MaMa. Tak henti bersyukur sampai da tak de mood nak wat keje.. huhuhuh~


Layak untuk aku nangis kan?? Bila teringat kembali pembukaan tahun 2010 dimulai dengan kemalangan kecil sewaktu balik keje..dan disusuli pulak dengan pelbagai ujian dan pahit getir selepas itu sehinggalah penghujung tahun 2010...Argghh!! Sangatlah mencabar..ketabahan, kesabaran dan kadang2 ketahanan mental jugak... ahaks~!!

Diselitkan juga pertemuan demi pertemuan dan perpisahan.. itu sume lumrah kehidupan kan?? Tapi masih ada yang sentiasa kekal..dalam hati, dalam ingatan, dalam kehidupan dan juga disisi... ermm,tapi sampai bilakah??? Masih adakah yang akan terus sudi kekal sehingga ke akhir waktu??? huhu.... jangan kecewakan diri sendiri dengan terus berharap.. kan???

Pembukaan yang baik tuk 2011 ini, aku sangat mengharapkan keajaiban dan perubahan yang baik terus hadir dan mengubah secara perlahan dan berperingkat... benarlah hidup ini pastinya ada ruang untuk merasa indah setelah diuji kan...??? Setiap jerih perih itu pastinya berbalas kan...??? Jadi, jangan lah pernah untuk berhenti melangkah..biarpun dihadapan itu adalah lopak yang penuh dengan bakteria yg mungkin menjadikan kudis berpanjangan.... tapi yakinilah,ia pasti sembuh jua disuatu ketika... betul tak?? eeiii... appada, cite pasal kudis... xbest langsung!!! huhuhu~

Semoga kita semakin mengerti erti kehidupan yang kita lalui disepanjang 2o1o dan menjadi nadi kekuatan tuk menghadapi 2o11 yang mungkin lebih mencabar benteng ketahanan diri... InsyaAllah, pilihan itu ditangan kita..haruslah bijak memilih bukan mengikut nafsu semata, berani berhadapan segala getir dan sentiasa bersedia memikul tanggungjawab yang semakin memberat... kerana setiap angka dalam usia itu amatlah bermakna dan bakal membuatkan kita tersenyum bila mengimbas kembali setiap detik2 indah dan duka airmata tatkala di penghujung usia kelak.....

Tidak pernah terlupa untuk meminta & berdoa moga setiap gerak langkah dan turun naik nafas ini diiringi dengan Rahmat Illahi.... amin~

1 comment:

admin said...

moga teratur dan tidak terhencut langkahmu...