Friday, December 3, 2010

Sisipan Langkah Penghujung Tahun

Salam Mesra bertemu lagi di blog kusam ni... huhuhu

Perjalan hari-hari dlm kehidupan aku semakin mencabar...tapi syukur aku masih mampu bertahan dengan berbekalkan suntikan semangat dari kluarga,sahabat2 dan teman2... Bermula pembukaan tahun 2010 dengan kejadian xcident di bulan January...n selepas itu ujian demi ujian yang sangat mencabar jiwa wanita ni datang menerjah bertimpa-timpa bagaikan tiada kesian.. Tapi Tuhan itu Maha Adil,kerana disetiap langkah kaki ini Dia masih menyelitkan keindahan dan ketawa agar mewarnai kisah hidup aku seorang wanita yang terlalu lemah...

Akhir2 ni aku terasa sgt2 penat...kalau ada perkataan lain selain itu nak...je aku guna kat sini. Kejadian yang hampir2 meragut nyawa aku,officemate n boss aku minggu lepas memang takkan aku lupekan. Syukur kami semua terselamat dari nahas xcident yg merupakan kali ke 3 untuk tahun ni bagi aku... Masih terselit trauma dlm diri ni tapi aku cube atasinya perlahan...

Tak cukup dengan itu,aku diuji lagi dengan penghinaan paling hebat dlm usia 25tahun ni pada 1hb Dec,2010.. Kejadian yang berpunca dari salah faham yang diwujudkan oleh org yg telah aku terima sebagai keluarga sndiri akhirnya telah menikam aku dari belakang dek kerana sifat dengki dan iri hati..dan menjadikan kawan sekolah aku sendiri sebagai orang tengah tuk menjatuhkan maruah aku secara terangan di laman Facebook.

Ini merupakan kejadian kedua yang hampir sama dalam tahun ni...dan kali ini lebih hebat. Untuk itu aku dah tak mampu mendiamkan diri maka terpaksa ketengahkan dengan wat laporan polis demi keselamatan aku. Dan sangat2 bersyukur kerana terselit hikmah dalam kejadian ini..bilamana hubungan aku dan kawan sekolah yg telah terputus telah berakhir dgn kemaafan. Dan telah berjaya menyedarkan kluarga aku tentang parasit yg wujud dlm diam.

Dah beberapa malam aku tak tido ngn lena,hari ni terasa sangat letih dan penatnyer nak menghabis beberapa hari lagi tuk 2010...

KHAS BUAT YANG TERLIBAT :

A.A.R :- Babe,! Setiap org ade wat salah, samada dalam sedar atau tidak... Kejadian ini amat2 meninggalkan kesan dlm hidup aku krn melibatkan maruah..tapi,tidak sekali aku berdendam dgn kau dan aku memaafkan segalanya dan berharap kita sama2 menjalani hidup dengan baik dan berkawan seperti dulu.. Aku tabik keberanian kau yang telah membetulkan keadaan dan membersihkan nama aku semula... tengs babe..!

R.H :- Aku sangat2 nak taw apa salah aku pada kau sehingga ko sanggup wat aku mcm ni.. Insaflah dan bersyukurlah kerana kami masih menerima kau sebagai keluarga. Jangan kerana lidah dan kata-kata, kau akan membinasakan diri kau sendiri. Jadilah yang terbaek tuk abang aku dan anak2 buah aku... Pilihan di tangan kau samada nak jadi terbaik atau sebaliknya.....

TEMAN & SAHABAT :- terima kasih kerana tak putus2 memberikan aku kekuatan utk menghadapi hari2 pedih ini, dan terima kasih kerana membantu aku dalam kejadian cyber ini, dan menjadi nadi aku tuk bertahan biarpun ditiup kencang....

Ya Allah, teguhkan kesabaran dalam diriku...~
*Sangat tenang ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar. Syukur Alhamdulillah, sgl kejadian telah membuktika siapa lawan diantara kawan. Mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak tersungkur ditempat yang serupa..

1 comment:

wongendeng said...

keletihan mu pasti akan berakhir...