Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan awan,
Pabila terik panas segera hadirnya memayungi diri,
Pabila kau dahaga sesegera turun hujan melimpahkan kasehnya,
Pabila kau katakan akulah awan itu yang kau mahu...
Begitulah Awan Nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu..
Begitulah Awan Nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu...
Kasehnya kaseh tiada banding setia tiada tara..
Bagaimanapun jua...
Awan kekasih sebenar mu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu..
Lihat diriku ini yang sesekali pernah kau bagaikan awan,
Sehingga tak mungkin terlupa berikan belas sedari dulu,
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun airmata mu kaseh ku...
Sehingga kau katakan akulah awan itu yang kau rindu...
Akulah awan mu yang sedia melindungi dirimu
Jika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu,
Akulah awan mu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu..
Kaseh ku kaseh tiada banding setia tiada tara..
Bagaimanapun jua...
Aku pelindung diri mu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu..
1 comment:
jadi awan ye..??
Post a Comment