Saturday, January 29, 2011
Semalam Yang Suram
Terbitlah catatan kali ini terarah pada masalahnyer hati.
Perilaku yang terbatas tanpa dibatasi.
Menjaga hati-hati yang tak ingin dilukai.
Menyedari hakikat kekurangan yang sering melukakan diri.
Melukai mu sama seperti memegang pisau menusuk hati.
Tak mampu menepis keegoan kerana masih dihantui bayangan silam.
Bukan mudah menjauhi segala sejarah terlalu dalam.
Masih merasai keperitan mendiamkan bila disakiti.
Argghh! Mampukah aku menempuhi ini lagi??
Persoalan yang sering kali menjengah kotak minda tanpa dipinta.
Aku perlukan mu, dan mungkinkah kau juga begitu..??
Atau mungkin tidak..
Kerana aku pasti kau akan melangkah jua bila sering dilukai aku disini.
Oh..! Maafkan lah kecacatan ku. Sungguh aku salah.
Maafkan krn aku terkadang terlalu takot untuk menjaga hati kamoo.
Kerana aku pernah merasai terhiris tanpa diubati.
Membuatkan aku takot untuk terlalu menjaga hati kamoo yang belom pasti milikku.
Tidak aku minta kamoo memahami ia.
Tapi aku khabarkan agar terlepaslah segala rasa dijiwa.
Aku masih perlukan terlalu dalam masa tuk merubah dan melupakan.
Sumpah!! ia bukan begitu mudah.
Ingin saja aku tiup kenangan lalu, tapi apakan daya.
Masih perlu menghimpun kekuatan untuk terus tabah berjalan..
Temukan aku disitu, di sudut ruang sangkar hatimu...
Label:
Puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
maafkan aku..
Post a Comment