Saturday, May 7, 2011

Lengkapnya Wanita Itu Bila Dia Bergelar IBU...~

 Assalamualaikum n Hye reader(s)..~

Setiap tahun kita akan menyambut Hari Ibu... err, maksud disini IBU yang melahirkan, yang membesarkan, menyusukan dan segalanya tentang ibu... bukan lah IBU PEJABAT, IBU SAWAT, IBU NEGERI.. dan swaktu denganya... huhuhuh~

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bukanlah mudah. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan jiwa dan rohani sesuai dengan segala cabaran yang akan dilalui. Biarpun wanita itu sangat sinonim dengan airmata, tapi dikurniakan Allah kekuatan yang tiada pada kaum Adam. Tiada siapa yang mampu menjangka disebalik ketenangan dan gelak tawa ibu itu, tersimpan rahsia keperitan terdalam yang dia pikul. Mampukah kita merasainya??

Biar sesusah mana pun seorang ibu, dia sanggup terima segala-galanya demi melihat anak nya membesar dan berjaya. Tak pernah sekalipun ibu itu meminta di balas apa-apa, kerana tau segala yang di curahkan tidak mampu di balasi. Cukup lah sekadar menumpang kasih anak selagi anak tidak melupakan ibu. *haishhh... ternanges la plak time ni... sob sob (T__T)

Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Untuk mak, Puan Latipah binti Abd Rashid.. Selamat Hari Ibu adik ucapkan istimewa untuk mak...~ setiap hari pun adalah hari ibu. Adik sayang mak biar apa keadaan sekalipun adik tetap berterima kasih... kini adik mengerti bukan mudah bergelar ibu, tapi lebih perit bergelar ibu yang tiada tempat bergantung... ~


DyaZara : terlahirnya Firza Ezryna adalah penawar segala duka lara di sepanjang perjalanan kehidupan ini... 

2 comments:

vwclubselangor said...

dugaan dan cabaran yang silih berganti datang dan pergi makin membuatkan dirimu cekal dan tabah sebagai ibu..

mrpeneutralisasipilu said...

tidak lengkap seorang hidup wanita itu tanpa lelaki yang bernama suami, dan seorang insan yang bergelar anak =))